Bercakap tentang Marketing (dalam Bahasa Melayu disebut pemasaran)

Pengalaman dalam kerjaya, pendidikan malah aktiviti seharian seperti memandu kereta dan membaca kesemuanya menyumbang kepada catatan-catatan di dalam blog ini. Pengalaman seharian penulis dicatat di dalam blog ini segalanya berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau marketing dalam Bahasa Inggeris. Segala yang sempat dicerap oleh pancaindera penulis akan menghasilkan catatan yang lebih terarah kepada Marketing Communication yang melibatkan segala aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan, rekabentuk grafik, pemasaran, pembungkusan, promosi, publisiti, penajaan, perhubungan awam, jualan, promosi jualan dan promosi online.

Dalam bahasa yang mudah (terdapat juga percampuran bahasa) apa sahaja yang terbabit dalam unsur-unsur di atas akan mengundang penulis untuk memberi ulasan, memuji, mengomen atau mengkritik sebagai perkongsian idea yang diharapkan boleh dimanfaat bersama. Sebagai contoh unsur-unsur yang terlibat adalah seperti banner yang digantung pada pagar Masjid Kg. Baru, promo pil maajun di radio Sinar, hebahan di belon yang merentasi udara Bukit Damansara, pelekat kartun di gas pump nozzle stesen minyak Petronas, hebahan funfair konsert rock XPDC dari van bergerak, pengedaran flyers zakat selepas solat Jumaat, billboard 1Malaysia di Pandan Indah, serang balas iklan Streamyx terhadap P1Wimax, ajakan merasa makanan di Maira Cafe, promoter menggantung bunting di leher dekat hadapan Gulatis Jalan TAR dan sebagainya.

Penulis percaya setiap hasil karya kreatif seperti skrip, copywriting, design, layout, susun letak dan sebagainya yang terpapar di blog ini mempunyai idea dan justifikasi tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. Di samping ulasan dan kritikan dari penulis, penulis mengalu-alukan input yang sama dari pembaca budiman mahupun dari MarCom Manager (Pengurus Komunikasi Pemasaran / pemilik iklan) sendiri. Semoga input yang diberikan mampu menjana idea baru untuk faedah kita bersama.

Penulis berusaha sedaya upaya memastikan setiap entry yang dihantar mengandungi maklumat yang tepat daripada segi subjek yang dibincangkan.

Thursday, December 2, 2010

Tips dari pengamal pemasaran sebenar

Kali ini entri saya tidak lagi bercerita tentang iklan atau papan tanda dalam marketing. Saya lebih selesa ingin berkongsi mengenai seorang personaliti yang banyak memberi hints dan tips kepada saya dalam arena ini. Seperkenalan dengan beliau sejak lapan tahun yang lalu memang betul-betul menggambarkan he's the real marketing man.

Perjumpaan singkat dengan beliau pada minggu lepas sememangnya memberi sedikit kerehatan kepada saya dari tugasan hakiki harian. Kami berbual sambil meminum teh di sebuah restoran berhampiran pejabat. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang berguna sebagai seorang marketer setelah mengamati kelakuan dan tindakan beliau sepanjang pertemuan itu yang semenangnya beliau amalkan sejak bertahun-tahun lagi.

1- Break the ice orang baru dikenali dengan cara menjadi facilitator penyelesai masalah. Kebetulan sebelum berjumpa dengan rakan ini, saya sedang melayani seorang pelanggan yang memerlukan pandangan saya untuk masalah yang dihadapinya. Rakan saya yang berada berhampiran tanpa malu atau segan turut memberi pandangan beliau dan seterusnya memberi sedikit kelegaan kepada pelanggan ini. Sejak itu perbualan wujud antara mereka dan rakan saya ini mempunyai prospek baru dengan hanya menjadi orang tengah yang sebenarnya belum menyelesaikan lagi masalah pelanggan ini!

2- Ramah untuk bertegur sapa dengan orang walau pernah bersua hanya sekali. Rakan saya ini mempunyai daya ingatan yang ideal untuk mengingati orang-orang yang pernah ditemuinya. Sedang kami berdua berbual-bual tiba-tiba lintas seorang wanita yang agak lanjut usianya, lalu ditegurnya rakan saya ini untuk mengajak minum bersama. Wanita itu menolak pelawaan kerana mempunyai tugasan segera. Setelah diselidiki wanita tersebut adalah seorang penjawat tertinggi dalam organisasi sebuah bank tempatan yang pernah berurusan dengan rakan saya ini.

3- Be in control dalam perbualan untuk meyakinkan rakan perbualan. Sedang kami berdua berbual tiba-tiba rakan saya ini berteriak memanggil seseorang untuk datang ke meja kami. Rupanya beliau memanggil pelanggan saya tadi yang baru dikenalinya dan terus menjadi ahli perbincangan semeja bersama kami. Sepanjang perbualan saya mengamati rakan saya ini sentiasa in control apabila dalam banyak situasi beliau sentiasa mencelah walaupun rakan baru kami belum sempat menghabiskan ayatnya. Namun saya percaya itu merupakan salah satu skillnya dalam bernegosiasi.

4- Berbanggalah dengan nama yang tertera pada baju rasmi syarikat. Hampir dalam semua keadaan saya berjumpa dengan rakan saya ini, beliau memakai baju rasmi syarikatnya yang tertera dengan jelas nama beliau. Pada hemat saya, ini merupakan satu kaedah yang berkesan untuk kita mudah dikenali di kalangan orang awam yang bakal menjadi prospek. Sepanjang perbualan kami bertiga, beliau turut memasukkan unsur jenaka yang melibatkan baju rasmi yang dipakainya.

5- Berceritalah kejayaan kita melalui third party story. Untuk menghidupkan suasana perbualan agar lebih harmoni, saya mengamati rakan saya ini menggunakan kaedah bercerita melalui `cerita pihak ketiga' yang bersesuaian untuk menggambarkan kejayaan atau kecemerlangan beliau dalam sesuatu pencapaian.

6- Tidak lokek wang untuk berbelanja walau hanya secawan teh. Saya rasa tidak salah untuk beliau membayar harga minuman dan makanan rakan-rakan semeja tambahan pula terdapat rakan yang baru dikenali seterusnya berpotensi dijadikan prospek untuk melanggan perkhidmatan yang beliau sediakan. Tetapi saya percaya keutamaan beliau adalah keikhlasan dalam menjalinkan persaudaraan di samping meraih keberkatan bersedekah.


Keep up the good work bro Saruji!

2 comments:

Shah said...

Mantop la bro Saruji... hebat dan bergaya persis bakal CEO ARB..!

Shah said...

Tahniah bro Razy atas inisiatif ini... moga ada manfaat utk marketer/ daie..