Bercakap tentang Marketing (dalam Bahasa Melayu disebut pemasaran)

Pengalaman dalam kerjaya, pendidikan malah aktiviti seharian seperti memandu kereta dan membaca kesemuanya menyumbang kepada catatan-catatan di dalam blog ini. Pengalaman seharian penulis dicatat di dalam blog ini segalanya berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau marketing dalam Bahasa Inggeris. Segala yang sempat dicerap oleh pancaindera penulis akan menghasilkan catatan yang lebih terarah kepada Marketing Communication yang melibatkan segala aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan, rekabentuk grafik, pemasaran, pembungkusan, promosi, publisiti, penajaan, perhubungan awam, jualan, promosi jualan dan promosi online.

Dalam bahasa yang mudah (terdapat juga percampuran bahasa) apa sahaja yang terbabit dalam unsur-unsur di atas akan mengundang penulis untuk memberi ulasan, memuji, mengomen atau mengkritik sebagai perkongsian idea yang diharapkan boleh dimanfaat bersama. Sebagai contoh unsur-unsur yang terlibat adalah seperti banner yang digantung pada pagar Masjid Kg. Baru, promo pil maajun di radio Sinar, hebahan di belon yang merentasi udara Bukit Damansara, pelekat kartun di gas pump nozzle stesen minyak Petronas, hebahan funfair konsert rock XPDC dari van bergerak, pengedaran flyers zakat selepas solat Jumaat, billboard 1Malaysia di Pandan Indah, serang balas iklan Streamyx terhadap P1Wimax, ajakan merasa makanan di Maira Cafe, promoter menggantung bunting di leher dekat hadapan Gulatis Jalan TAR dan sebagainya.

Penulis percaya setiap hasil karya kreatif seperti skrip, copywriting, design, layout, susun letak dan sebagainya yang terpapar di blog ini mempunyai idea dan justifikasi tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. Di samping ulasan dan kritikan dari penulis, penulis mengalu-alukan input yang sama dari pembaca budiman mahupun dari MarCom Manager (Pengurus Komunikasi Pemasaran / pemilik iklan) sendiri. Semoga input yang diberikan mampu menjana idea baru untuk faedah kita bersama.

Penulis berusaha sedaya upaya memastikan setiap entry yang dihantar mengandungi maklumat yang tepat daripada segi subjek yang dibincangkan.

Wednesday, February 18, 2009

Colourland mengecat bulan untuk lebih terang


Pada hemat saya, pengiklan cat Colourland ini berjaya membuktikan `bulan' di dalam negara juga amat terang. Billboardnya yang terletak di Jalan Kinabalu ini, amat strategik untuk `menerangi' para pemandu menempuh kesesakan jalan raya.

Monday, February 16, 2009

Program yang hebat, promosi juga harus hebat!



Daripada jauh saya tertanya-tanya, program apa yang cuba disampaikan melalui bunting ini? Mujurlah kereta saya berhenti dalam kesesakan betul-betul di tepi tiang ini.

Pandangan saya, penganjur (ataupun pereka iklan) tidak menggunakan sepenuhnya kepanjangan bunting ini. Logo di bahagian atas sepatutnya diminimakan atau ditiadakan langsung. Perkataan `pelancaran' di bawahnya amat sukar dibaca kerana berwarna putih dan menggunakan font yang berlingkar-lingkar (script-font) yang lebih sesuai digunakan dalam surat cinta ataupun surat daripada Permaisuri Elizabeth kepada Duke of Buckingham.

Saya merasakan `Bulan Dakwah 2009' tidak harus berwarna kuning ditambah pula dengan garisan dan shadow berwarna putih pula. Ayat-ayat di bawahnya sampai pengakhirannya semakin mengecil, menyebabkan peluang saya untuk membacanya sampai habis semakin mengecil juga.


Thursday, February 12, 2009

Nyiang Rapik


Pada saya, iklan pada billboard ini amat memukau kerana mungkin rekabentuk, grafik, mahupun reka letaknya telah menyebabkan sebuah kereta di tepi tiang itu kemalangan. Di luar negara, terdapat iklan wanita seksi di billboard telah mengundang kemalangan jalanraya.

Sunday, February 8, 2009

Grafik dan design mampu memberi nama pada entiti


Penggunaan sepenuhnya teknologi grafik, animasi, 3D dan sebagainya amat membantu entiti dalam melonjakkan nama perniagaannya di mata dunia. Tidak ketinggalan bagi para artis sama ada penyanyi solo atau berkumpulan, yang sudah bertaraf otai, baru berjinak-jinak, cukup-cukup makan, sudah bernama atau tiada nama, penggunaan segala genap aspek teknologi ini amat membantu mereka.
Hasil karya amatur pereka grafik ini bolehlah dipuji kerana percubaannya dapat membezakan antara dua gambar di atas dalam usaha untuk `memberi nama pada yang tiada nama'.