Bercakap tentang Marketing (dalam Bahasa Melayu disebut pemasaran)

Pengalaman dalam kerjaya, pendidikan malah aktiviti seharian seperti memandu kereta dan membaca kesemuanya menyumbang kepada catatan-catatan di dalam blog ini. Pengalaman seharian penulis dicatat di dalam blog ini segalanya berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau marketing dalam Bahasa Inggeris. Segala yang sempat dicerap oleh pancaindera penulis akan menghasilkan catatan yang lebih terarah kepada Marketing Communication yang melibatkan segala aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan, rekabentuk grafik, pemasaran, pembungkusan, promosi, publisiti, penajaan, perhubungan awam, jualan, promosi jualan dan promosi online.

Dalam bahasa yang mudah (terdapat juga percampuran bahasa) apa sahaja yang terbabit dalam unsur-unsur di atas akan mengundang penulis untuk memberi ulasan, memuji, mengomen atau mengkritik sebagai perkongsian idea yang diharapkan boleh dimanfaat bersama. Sebagai contoh unsur-unsur yang terlibat adalah seperti banner yang digantung pada pagar Masjid Kg. Baru, promo pil maajun di radio Sinar, hebahan di belon yang merentasi udara Bukit Damansara, pelekat kartun di gas pump nozzle stesen minyak Petronas, hebahan funfair konsert rock XPDC dari van bergerak, pengedaran flyers zakat selepas solat Jumaat, billboard 1Malaysia di Pandan Indah, serang balas iklan Streamyx terhadap P1Wimax, ajakan merasa makanan di Maira Cafe, promoter menggantung bunting di leher dekat hadapan Gulatis Jalan TAR dan sebagainya.

Penulis percaya setiap hasil karya kreatif seperti skrip, copywriting, design, layout, susun letak dan sebagainya yang terpapar di blog ini mempunyai idea dan justifikasi tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. Di samping ulasan dan kritikan dari penulis, penulis mengalu-alukan input yang sama dari pembaca budiman mahupun dari MarCom Manager (Pengurus Komunikasi Pemasaran / pemilik iklan) sendiri. Semoga input yang diberikan mampu menjana idea baru untuk faedah kita bersama.

Penulis berusaha sedaya upaya memastikan setiap entry yang dihantar mengandungi maklumat yang tepat daripada segi subjek yang dibincangkan.

Wednesday, October 28, 2009

Bawa mulut - Teknik pemasaran percuma


Bawa cerita atau bawa mulut adalah sinonim dengan word of mouth, satu teknik pemasaran percuma dan mudah yang sesiapa saja boleh mempraktikkannya. Bayangkan dalam hujan lebat kami sanggup meredah kesesakan dan beratur untuk menikmati Nasi Kandar Kudu di Jalan TAR. Rakan saya membawa mulut kepada saya, tiada salahnya saya pun mencubanya.

Thursday, September 10, 2009

Putih yang bakal dicorakkan


Van ini umpama anak yang baru dilahirkan, yang diumpamakan dengan kain putih yang bakal dicorakkan oleh ibu bapanya. Kebanyakan penghasil karya kreatif bermula dengan kanvas putih untuk mengembangkan daya kreativiti mereka.

Friday, July 17, 2009

Lokasi amat penting


Lokasi di persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Travers ini sememangnya strategik kerana kesesakan yang selalu berlaku di situ menyebabkan banyak mata-mata yang akan memandang segala apa yang terpampang di depannya. Mungkin juga para copywriters boleh berfikir bagaimana untuk menyelitkan ayat-ayat memujuk atau penenang bagi santapan jiwa-jiwa para pemandu yang kesesakan.

Hebah-hebahkan alamat website anda!

Internet adalah salah satu senjata yang paling ampuh masakini dalam dunia Marketing Communication. Walau apa jua perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan, ciptalah satu laman web atau sekurang-kurangnya blog untuk anda dikenali seluruh Malaysia (walaupun anda tidak mahu merentasi sempadan). Kemudian fikirlah secara kreatif untuk menghebahkannya, sama ada dengan melekatkanya di cermin kereta, melekatkannya di bumbung kereta, atau mengecatnya di seluruh badan kereta.

Thursday, July 16, 2009

KISS - Keep It Short & Simple


Saya gemar mengikuti design pada bunting Ekspo MAPEX ini. Hampir setiap tahun bunting yang dihasilkan mereka tidak jauh beza corak rekabentuknya. Maklumat penting yang ingin disampaikan seperti nama program, tarikh, tempat, masa dan nombor telefon untuk dihubungi begitu ringkas dan tepat penyampaiannya. Segenap ruang bunting ini digunakan sepenuhnya.

Penggunaan font bersaiz besar dan tidak terlalu fancy meningkatkan tahap kebolehbacaannya. Juga satu tindakan bijak dengan tidak meletakkan tahun pada tarikh acara kerana bunting yang digantung amat mustahil dibiarkan tergantung oleh DBKL selama 2-3 tahun.

Sunday, March 22, 2009

Belon panas pun boleh menjadi mangsa



Jangan disangka hanya penduduk di lembah-lembah atau di daratan sahaja yang mengikuti iklan atau publisiti. Entah-entah ada penduduk di atas sana juga yang begitu beriya mahu melihat iklan premium ini.

Monday, March 9, 2009

Char Koay Teow, telur ayam dibasuh


Apa saja yang anda fikir tentang sesuatu keistimewaan itu hanya dimiliki oleh produk atau servis anda, hebah-hebahkanlah. Walaupun terdapat kesalahan tatabahasa (Di Basuh sepatutnya tidak dijarakkan), tokey kedai ini berjaya menggusarkan para pesaingnya dan menamatkan persoalan kebanyakan pelanggan kedai makan, `dibasuhkah telur ayam itu?'
Moga ia menjadi panduan kepada semua pengusaha makanan, kedai runcit, kedai dobi dan sebagainya agar tidak memandang enteng kepada kuasa signboard.

Wednesday, March 4, 2009

EON Bank meriah dengan buah-buahan


Saya tidak pernah masuk ke premis EON Bank Bangsar ini. Boleh dikatakan inilah laluan harian saya untuk pulang ke rumah dari tempat kerja. Saya berasa suasana di sini meriah dengan hiasan di dinding cermin bank ini yang bermotifkan buah-buahan. Terasa juga mungkin bank ini untuk para saudagar buah saja.

Wednesday, February 18, 2009

Colourland mengecat bulan untuk lebih terang


Pada hemat saya, pengiklan cat Colourland ini berjaya membuktikan `bulan' di dalam negara juga amat terang. Billboardnya yang terletak di Jalan Kinabalu ini, amat strategik untuk `menerangi' para pemandu menempuh kesesakan jalan raya.

Monday, February 16, 2009

Program yang hebat, promosi juga harus hebat!



Daripada jauh saya tertanya-tanya, program apa yang cuba disampaikan melalui bunting ini? Mujurlah kereta saya berhenti dalam kesesakan betul-betul di tepi tiang ini.

Pandangan saya, penganjur (ataupun pereka iklan) tidak menggunakan sepenuhnya kepanjangan bunting ini. Logo di bahagian atas sepatutnya diminimakan atau ditiadakan langsung. Perkataan `pelancaran' di bawahnya amat sukar dibaca kerana berwarna putih dan menggunakan font yang berlingkar-lingkar (script-font) yang lebih sesuai digunakan dalam surat cinta ataupun surat daripada Permaisuri Elizabeth kepada Duke of Buckingham.

Saya merasakan `Bulan Dakwah 2009' tidak harus berwarna kuning ditambah pula dengan garisan dan shadow berwarna putih pula. Ayat-ayat di bawahnya sampai pengakhirannya semakin mengecil, menyebabkan peluang saya untuk membacanya sampai habis semakin mengecil juga.


Thursday, February 12, 2009

Nyiang Rapik


Pada saya, iklan pada billboard ini amat memukau kerana mungkin rekabentuk, grafik, mahupun reka letaknya telah menyebabkan sebuah kereta di tepi tiang itu kemalangan. Di luar negara, terdapat iklan wanita seksi di billboard telah mengundang kemalangan jalanraya.

Sunday, February 8, 2009

Grafik dan design mampu memberi nama pada entiti


Penggunaan sepenuhnya teknologi grafik, animasi, 3D dan sebagainya amat membantu entiti dalam melonjakkan nama perniagaannya di mata dunia. Tidak ketinggalan bagi para artis sama ada penyanyi solo atau berkumpulan, yang sudah bertaraf otai, baru berjinak-jinak, cukup-cukup makan, sudah bernama atau tiada nama, penggunaan segala genap aspek teknologi ini amat membantu mereka.
Hasil karya amatur pereka grafik ini bolehlah dipuji kerana percubaannya dapat membezakan antara dua gambar di atas dalam usaha untuk `memberi nama pada yang tiada nama'.