
Daripada jauh saya tertanya-tanya, program apa yang cuba disampaikan melalui bunting ini? Mujurlah kereta saya berhenti dalam kesesakan betul-betul di tepi tiang ini.
Pandangan saya, penganjur (ataupun pereka iklan) tidak menggunakan sepenuhnya kepanjangan bunting ini. Logo di bahagian atas sepatutnya diminimakan atau ditiadakan langsung. Perkataan `pelancaran' di bawahnya amat sukar dibaca kerana berwarna putih dan menggunakan font yang berlingkar-lingkar (script-font) yang lebih sesuai digunakan dalam surat cinta ataupun surat daripada Permaisuri Elizabeth kepada Duke of Buckingham.
Saya merasakan `Bulan Dakwah 2009' tidak harus berwarna kuning ditambah pula dengan garisan dan shadow berwarna putih pula. Ayat-ayat di bawahnya sampai pengakhirannya semakin mengecil, menyebabkan peluang saya untuk membacanya sampai habis semakin mengecil juga.
No comments:
Post a Comment