 Lokasi billboard di Jalan Tun Razak menghala ke Lebuhraya Mahameru ini benar-benar `premium' statusnya. Di samping jalannya yang sering sesak, kedudukan billboard dipasang amat strategik kerana ia bebas gangguan dari pelbagai unsur lain seterusnya membolehkan para pengguna jalan ini menikmati mesej yang dipaparkan oleh pengiklan.
Lokasi billboard di Jalan Tun Razak menghala ke Lebuhraya Mahameru ini benar-benar `premium' statusnya. Di samping jalannya yang sering sesak, kedudukan billboard dipasang amat strategik kerana ia bebas gangguan dari pelbagai unsur lain seterusnya membolehkan para pengguna jalan ini menikmati mesej yang dipaparkan oleh pengiklan.Mesej lebih cepat diterima jika ia ringkas dan padat. Iklan zakat ini hanya menggunakan lima patah perkataan, satu kadar yang munasabah untuk memberi peluang pengguna jalan raya ini menghadam sepenuhnya mesej yang ingin disampaikan. Ruang di billboard ini juga benar-benar memberi laluan kepada `lima patah perkataan' ini merajai segenap pelusuknya. Jika terdapat lebih banyak perkataan dan imej di situ sudah semestinya mengurangkan indeks kebolehbacaannya.
 
 
No comments:
Post a Comment